Wednesday, February 1, 2012 0 comments

Motivasi untuk diriku...

Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu. Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Qur’an melalui berbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Qur’an antaranya,
 
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
            “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.  (Az-Zumar:9)
Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)
Firman-Nya lagi maksudnya:
            “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.   (Al-Faatir:28)
 
Konsep Ilmu
Konsep ilmu dalam Islam merujuk kepada hakikat bahawa Allah S.W.T sebagai pemilik mutlak ilmu. Manusia hanya diberikan sedikit sahaja ilmu. Namun begitu ilmu yang sedikit sangat bermakna di sisi Allah jika ianya digunakan sebaik mungkin iaitu sehingga membawa kepada keimanan yang kukuh terhadap Allah serta mengikut perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu mesti dipelajari dan dikembangkan berdasarkan asas-asas tauhid dan disertakan integrasi iman, kemanfaatan ilmu, amalan yang soleh dan akhlak yang mulia (Mohd. Kamal Hassan, 1998:19).
Dasar ini jelas melalui wahyu pertama iaitu surah Al-‘Alaq yang menyatukan antara tauhid (melalui sifat al-Khaliq mutlak) dengan ilmu (Muhammad Dawilah,1993:9). Semua pancaindera zahir dan batin yang dijadikan oleh Allah adalah bermatlamatkan pencarian ilmu yang benar. Lantaran itu manusia yang tidak menggunakan pancaindera tersebut untuk mendapatkan ilmu yang benar akan dikutuk. Hal ini jelas melalui firman Allah S.W.T,
"Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan Jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati (tetapi) tidak mengerti dengannya, dan bagi mereka ada mata (tetapi) tidak melihat dengannya, dan bgai mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (Al-‘Alaq:179)
 
Hukum Menuntut Ilmu
"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina". (Al-Hadis)
Kadang-kadang kita lupa untuk apa sebenarnya kita menuntut ilmu, dan kita juga lupa apa hukumnya menuntut ilmu dalam agama Islam. Dalam hal tersebut, saya ingin mengingatkan kembali untuk apa sebenarnya, dan apa hukumnya kita menuntut ilmu dalam agama Islam. Hal tersebut ada dinyatakan di dalam buku "Ilmu Fiqih Islam" karangan Drs. H. Moh. Rifai.
 
Apabila kita memperhatikan isi Al-Qur’an dan Al-Hadis, terdapat beberapa suruhan yang mewajibkan bagi setiap muslim baik laki-laki mahupun perempuan, untuk menuntut ilmu, agar tergolong menjadi umat yang cerdas, jauh dari kabut kejahilan dan kebodohan. Menuntut ilmu artinya berusaha dengan jalan menanya, melihat atau mendengar. Perintah kewajiban menuntut ilmu terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud; 
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)
Dari hadis ini kita memperoleh pengertian bahawa Islam mewajibkan pemeluknya agar menjadi orang yang berilmu, berpengetahuan, mengetahui segala kemaslahatan dan jalan kemanfaatan; menyelami hakikat alam, dapat meninjau dan menganalisis segala pengalaman yang didapati oleh umat yang lalu, baik yang berhubungan dengan ‘aqidah dan ibadat, serta hubungannya dengan soal-soal keduniaan dan segala keperluan hidup.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.
 
Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.
Pembahagiaan IlmuSyari’ah Islam menggariskan dua bahagian besar ilmu iaitu ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Fardhu ‘ain dirujuk kepada ilmu yang wajib diketahui oleh setiap orang "mukallaf" atau yang sudah diberi pertanggungjawaban dalam Islam. Fardhu kifayah pula ialah ilmu yang diwajibkan ke atas sebahagian umat Islam untuk menguasainya dan jika terdapat sebahagian yang sudah menguasainya maka terlepaslah kewajipan umat Islam yang lain daripada bebanan wajibnya.
Ilmu fardhu ‘ain boleh dibahgikan kepada empat bahagian iaitu ilmu yang berkaitan rukun iman, yang berkaitan dengan hukum hakam, yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diharamkan dan yang berkaitan dengan pergaulan dan muamalah seharian (Amir A. Rahman, 1991:110-111). Fardhu kifayah pula ialah bidang ilmu yang luas dan sering berjalan seiring dengan perkembangan zaman. Sebahagian umat Islam diwajibkan untuk mengetahuinya agar tidak memberikan kesan buruk kepada Islam yang mungkin menghadapi ketinggalan dalam bidang kebendaan serta terancam keselamatannya.
Ilmu yang wajib ‘ain dipelajari oleh mukallaf iaitu yang perlu diketahui untuk meluruskan ‘aqidah yang wajib dipercayai oleh seluruh muslimin; dan yang perlu diketahui untuk melaksanakan pekerjaan-pekerjaan yang difardhukan atasnya, seperti shalat, puasa, zakat dan haji.
Di samping itu perlu dipelajari ilmu akhlak untuk mengetahui adab sopan santun yang perlu kita laksanakan dan tingkah laku yang harus kita tinggalkan. Di samping itu harus pula mengetahui kepandaian dan keterampilan yang menjadi tonggak hidupnya. Adapun pekerjaan-pekerjaan yang tidak dikerjakan sehari-hari maka diwajibkan mempelajarinya kalau dikehendaki akan melaksanakannya, seperti seseorang yang hendak memasuki alam rumah tannga seperti syarat-syarat dan rukun-rukunnya dan segala yang diharamkan dan dihalalkan dalam menggauli isterinya.
Sumber IlmuKebanyakkan manusia mengagungkan akal sebagai punca ilmu yang tidak terbatas. Mereka mletakkan akal sebagai pembeza utama dalam apa hal sekalipun. Keadaan ini menyebabkan ramai manusia yang sesat dan menyesatkan seperti yang berlaku pada zaman Greek purba yang mencari Tuhan dengan semata-mata menggunakan akal. Islam meletakkan sumber ilmu yang jelas dan tersusun rapi serta terjamin kesahihan dan ketekalannya. Al-Qur’an dan Sunnah adalah dua sumber utama ilmu dalam Islam. Kedua-duanya dirujuk sebagai sumber "wahyu". Selepas itu barulah akal diletakkan sebagai antara sumber ilmu dan masih lagi di bawah naungan wahyu (Hassan Langgulung, 1981:28). Bertepatan dengan fakta tersebut, Mohd. Kamal Hassan (1988:25) menjelaskan punca ilmu dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Naqli atau Revealed Knowledge (Wahyu) dan ‘Aqli atau Acquired Knowledge (akal). Firman Allah S.W.T maksudnya:
"Sebagaimana Kami telah mengutuskan seorang Rasul kepadamu, iaitu salah seorang di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, membersihkan kamu (daripada kelakuan yang tidak baik) dan mengajarkan Kitab dan hikmah kepadamu dan lagi mengajarkan apa-apa yang belum kamu ketahui." (Al-Baqarah:151)
Objektif Ilmu
Tujuan menuntut ilmu bukanlah bermatlamat ilmu semata-mata tetapi ia merupakan wasilah (jalan) untuk memahami dan menguasainya bagi melaksanakan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. Tujuan menuntut ilmu juga adalah untuk melaksanakan petunjuk Allah S.W.T. sebab itulah menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat".
Antara lain tujuan menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para penuntut kerana merekalah bakal pemimpin di masa depan. Oleh yang demikian, kemaslahatan ummah banyak bergantung kepada pemimpin dan kepimpinannya.
 
Antara lain tujuan menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para penuntut kerana merekalah bakal pemimpin di masa depan. Oleh yang demikian, kemaslahatan ummah banyak bergantung kepada pemimpin dan kepimpinannya.
Moga-moga dengan tujuan yang suci dan bersih ini dapat melahirkan para ilmuan yang membangunkan muka bumi ini menurut apa yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna menuntut ilmu di dalam Islam bukanlah sekadar mencari habuan dunia, wang ringgit dan harta benda akan tetapi ianya merupakan suatu usaha untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah dan khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini . Para ilmuan Islam mestilah memahami bahawa mereka wajib memainkan peranan untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan keamanan sejagat iaitu dengan cara mengembalikan sistem Islam memerintah alam ini. Para ilmuan Islam juga perlu berusaha sedaya upaya mungkin menjadikan diri mereka sebagai pekerja Islam dan penda’wah ke arah melahirkan ummah Islam yang iltizam dengan Islam dalam segenap aspek kehidupan. Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Qur’an yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya.." (Al-Baqarah:208)
Para ilmuan Islam juga sama sekali tidak boleh lupa bahawasanya antara tugas seorang muslim itu ialah menegakkan yang ma’ruf iaitu mengajak manusia menegakkan dan mendaulatkan ajaran Allah S.W.T. dan mencegah kemungkaran iaitu melarang manusia dari melakukan larangan Allah S.W.T. dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.
 
Sabba Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia cegah dengan tangannya (kuasa), sekiranya tidak mampu cegahlah ia dengan lisan seandainya tidak mampu juga; cegahlah ia dengan hati itu yang paling lemah imannya."
Sehubungan dengan itu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud; 
" Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu dari Rabb kamu. Dan jika kamu tidak mengerjakannya maka tidaklah kamu menyampaikan risalahNya. Allah memelihara kamu daripada manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir". (Al-Maidah:67)
Sehubungan dengan itu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud; 
Diperintah oleh agama, sungguh tidak disangkal lagi, bahawa mengajar adalah suatu pekerjaan yang seutama-utamanya. Nabi diutus ke dunia inipun dengan tugas mengajar, sebagaimana sabdanya;
" Aku diutus ini, untuk menjadi pengajar." (HR.Baihaqi)
 
Sekiranya Allah tidak membangkitkan Rasul untuk menjadi guru manusia, guru dunia, tentulah manusia tinggal dalam kebodohan sepanjang masa. Walaupun akal dan otak manusia mungkin menghasilkan berbagai ilmu pengetahuan, namun masih ada juga hal-hal yang tidak dapat dijangkaunya, iaitu hal-hal yang di luar akal manusia. Untuk itulah Rasul Allah dibangkitkan di dunia ini. Mengingat pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan kepada manusia/masyarakat secara luas agar mereka tidak dalam kebodohon dan kegelapan, maka diperlukan kesedaran bagi para mualim, guru dan ulama, untuk beriringan tangan menuntun mereka menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Bagi para guru dan ulama yang suka menyembunyikan ilmunya, mereka mendapat ancaman, sebagaimana sabda Nabi S.A.W.;
"Barangsiapa ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian menyembunyikan (tidak mahu memberikan jawapannya), maka Allah akan mengekangkan (mulutnya), kelak di hari kiamat dengan kekangan (kendali) dari api neraka." (HR Ahmad)
 
Marilah kita menuntut ilmu pengetahuan sesempat mungkin dengan tidak ada hentinya tanpa menguzurkan diri sampai ke liang kubur, dengan ikhlas dan tekad mengamalkan dan menyumbangkannya kepada masyarakat, agar kita semua dapat mengenyam hasil dan buahnya di akhirat nanti.

p/s : kadang2x kita lupa akan tanggungjwb kita dlm menuntut ilmu.. semoga post ini dpt sm2 membantu kita mengingatkan antara satu sama lain akan tanggungjawab kita.. 
Tuesday, January 31, 2012 0 comments

Hari ini dalam sejarah...


Hmpir2 terlupa yg hari ni dah 1 februari.. nasib baik la ade si shahirah yg mengingtkn aku..  mlm2 die mesej aku tuk ingtkn aku.. ape yg pnting sgt 1 februari ni??? Kalu korang nk tau tarikh 1 februari ni la hari jadi adik aku , firdaus yg ke 19 dan adik arshad yg pertama.. hepi bufday abg su n adik acap… tuk abg su, all the best dlm pelajaran n hidup.. teruskn usaha tuk mnjadi seorng doctor .. InsyaAllah.. tuk adik acap, smoga dpt berjalan…hihihi.. tp jgn nakal2x tau.. kesian kat ibu n abah.. xleh jln pon dah nakal2x.. hahahahaaha…
0 comments

futsal.. futsal... kempiskn perot..

salam bro n sis,

rs sungguh trkejut bila tgk diri aku makin gemuk.. adoii... ni la akibatnye kalu x kontrol makan n minum... makan 24 jam.. tgh malam pon buka lg periuk nasi.. tu yg jd perot makin ke depan tu.. belom lg berumah tangga ni.. nnti kaween nnti mesti bini msk lagi sdp plus layann yg terbaik.. lg lagi buncit n gemok... tp aku hrp2 x la smpai buncit sgt... sbb aku kene jaga jgk ... aku masih muda.. so jln penyelesaiannyer adlh futsal, bola sepak, badminton.. hrp2 la sem ni dpt bahagikn ms yg secukupnya tuk semua perkara... keluarga, buah hati, kwn2 , lecturer pon kena , main2 n sbgainya.. guys , korang pon kene la kurangkn ms bersm ' keluarga' msing2 kalu nk aktiviti kita jln.. haha.. pastikan smua available... hah, satu lg, leh la main futsal kt dpn kolej 2 minngu ni.. sbb bdk vet buka awl drp bdk kos lain.. so guyz, leh la grab peluang ni... 

p/s : jom kita kuruskn badan dan perottt... sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..

0 comments

result keluar + kene block...

arggggghhhhh, sakit hati aku ngn umk.. hutang 20 sen pon die block result aku.. pdhl bkn aku yg berhutang, tp kecuaian staff libry die yg x update buku yg aku hntar.. patotnya aku xde hutang.. die lmbt update 2 hr.. so kene 20 sen... lmbt jgk la aku dpt tgk result aku.. dah la aku bimbg, sbb pathology aku bru ni x brp slamat.. adooii... sem lps byk main2.. x byk study... huh, ms nk byr pulak, mcm2 hal.. staff libry pi melawat smbil beljar kt mane entah.. bongok btol.. die plk tinggal 2 students yg x tau ape2 tuk jg libry.. adooiii.. nk byr pon x leh.. lm jgk la duk desak bdk tu. akhirnya dpt jgk byr.. check2 result.. Alhamdulillah.. dpt okay la.. sederhana... sepadan la dgn usaha aku.. shiera pon sm2.. awk lg sikit nk dpt dean's list... ish2x.. shiera,, sem dpn study yer.. jgn mls2 lg.. awk pandai.. syg sungguh... study last minute pon awk dpt tinggi..

p/s : nk dpt dekan mmg x layak la dgn usaha yg x sberapa.. tp kalu usaha InsyaAllah dpt tu.. cube yer next sem..
0 comments

cuti semester... part 1

assalamualaikum...

cuti dah nk abis dah.. huhu. rs mcm x puas lg melepak kt umah.. rs kjp sgt dowh... cuti2 ni byk jugak kerja yg aku buat rupanye.. at least, ada la improvement kalu nk dibndingkn dgn cuti2 sblum ni. yg plg pnting aku x la tido byk sgt mcm cuti2 sblum ni.. yeaahhhh.. satu kejayaann.. okay, nk citer satu2 apa yg aku buat spanjang cuti ni.. tuk pengetahuan korang, abis jer exam patho yg spoil tu aku teerus balik umah.. haha.. lama x balik la kononnya.. pdhal hari2 aku balik... hahaha.. semua maklum yg aku suka tido kt katil dlm bilik rumah aku..

okay, aktiviti yg selalu aku buat spnjg cuti ini x lain dan x bukan melawat kubur atok aku la.. hmpir setiap hari la family pergi melawt kubur.. bc yaasin dan sedikit tahlil kat kubur.. mudah-mudahan terus smpai kt arwah atok... mlm plk lps maghrib , buat tahlil bersama keluarga.. semua ni demi arwah atok yg tersyg.. Al- Fatihah buat arwah atok..

pd hari ahad minggu first cuti, aku pi la jln2 kt perak.. pi bertiga jer.. sepatotnya berlima.. tp 2 lg x dpt join.. so tinggal aku ngn shahirah n emaknya sahaja.. kami bertolak ke perak lbh kurang pukul 3.30 ptg.. berdebar jgk aku.. bw org yg aku syg n bkal mertua aku.. control la sikit bw kereta.. x nk la ganaz2 sgt.. nnti mak dia x hrpkn aku tuk jg anak die.. hahaha... tp aku jamin, aku akn jaga dia slagi nafas aku masih ada.. aku jaga dia.. dlm perjalann singgah kejap kt puncak titiwangsa.. amik la gmbr2 cikit... haha.. mcm x biasa... pdhl aku dah byk kali ke utara.. cuma manjung jer aku x pernah sampai.. dlm kepala aku , aku trpikir mcm mana la aku nk mengadap ayah dia.. takot jgk.. almaklum lah org laki ni ego.. bw kereta smbil pikir.. takot nk jumpa abah dia.. mcm mana la muka abah dia... si shiera ni plk x abiz2x menyakat gua.. hahaha.. dia nk balas 'dendam' kot.. sbb dulu time nk jumpa parent gua , dia merapu sepanjang perjalanan.. hahaha.. ms nk smpai manjung, mak dia call abah dia, suh tunggu kt kedai makan noodles ape entah.. huhu.. takot gila... haha.. pastu smpai kt kedai makn tu.. abah dia x da lg.. lega kejap.. amik order n makan.. sdg aku mkn , jeng3x.. abah dia smpai selamba rock giler.. hahaha.. mcm anak dia.. aku pon siap cium tgn terus berslm.. haha.. abis cerita psl prjlnn pergi..

hr2x lain shiera pon bw la aku jln2 pusing manjung, lumut , sitiawan... rsnya aku pernah smpai manjung ni.. waktu kecik2x dulu.. tp x ingt dah... cantik jgk lumut, manjung ni.. kiteorg smpat jgk tgk wayang cerita KERAMAT.. cerita tah pape2x.. die jgk bw aku pi tgk skolah dia.. haha.. banggala tu!! hr keduanya, 2 member aku smpai.. kiteorg berempat pi la ke cameroon highland... sygnya kiteorg smpai sna kul 5 lbh.. dah lewat.. byk kedai tutup.. huhuhu... tp itu x jd hal..ape lg ,, si shiera pon dgn borosnya berbelanja sakan... harga mahal murah habis smua dibedalnya.. hahahaha.. shiera2.. boros sgt.. lain kali jgn boros sgt yer syg...

balik dr cameroon, turun ikut jlan tapah.. pergghh ,, giler ar jln , mcm ular.. selekoh tajam2 nk mampos.... 3 org yg naik kete smua pening nk muntah.. terok jln, dah la turun bukit , selekoh tjm plk tu,, ditambah keadaan gelap gelita sbb waktu mlm... tgh aku bw kete , tiba2 tayar kereta tersngkut besi.. berapi kt bwh kereta.... dlm gelap, aku ngn sorng member ni keluar.. ya Allah takot giler...tp memberanikn diri.. pi la slim river jap... lpk makan2 kt situ, n hantr shiera balik dlm kul 12 mlm...

hr ketiga , kiteorg bertiga balik la kelate...

bersmbung dlm part II... hehehe



Friday, January 27, 2012 0 comments

KhAS BuAt CaLoN IsTeRiKu...

Salam dihulur pembuka bicara....
hari ini aku tidak mahu bercerita,
namun ingin menyampai sedikit pesanan,
khas buat calon isteriku,
dan
secara am-nya buat seluruh wanita di dunia ini.

ku akui diriku ini tidaklah sempurna,
namun,
diri ini berasa bertanggungjwb untuk menyampaikan pesanan ini.

sayang...
aku akui diriku ini tidak sempurna,
namun aku berusaha mendidikmu perlahan-lahan,
aku yakin segala kebaikan bermula daripada hati yang luhur,
sayang mungkin tidak sebagus wanita lain daripada sudut penampilan,
namun,
perlahan-lahan dikau mula beransur-ansur menjadi lebih baik,
Alhamdulillah,
selagi nafas ini masih ada,
aku berusaha memastikan suatu hari nanti auratmu terjaga dengan rapi,
perlahan-lahan sayang,
aku yakin.

sayang,
sedikit masa nanti aku yakin,
dirimu pasti berubah,
berubah menjadi lebih baik,
terimalah teguranku seadanya,
sesungguhnya teguranku tidak lain dan tidak bukan,
untuk...
menjadikan dirimu sesedap mata memandang dan sesejuk hati menatap.
amin...
InsyaAllah...

aku berasa sangat gembira,
dirimu rapat dengan kawan-kawanku yang kuat agamanya,
belajarlah daripada mereka,
InsyaAllah ...

suatu hari nanti..

aku nantikan..

dan...


aku juga ingin berubah menjadi lebih baik.. mungkin sekarang aku tengah menikmati zaman remaja dan gila2 ku..


Friday, January 20, 2012 0 comments

OmBaK RiNdU..

Rindu....
dikau datang lagi,
menyapa segenap sanubari,
meresap ke dalam mimpi.

baru sehari ku meninggalkanmu,
terasa bagai setahun engkau pergi,
ohh..
insan yang ku sayang,
beratnya rindu menghimpit diriku.

masa kesendirian,
terasa diri ini sepi tanpamu di sisi,
aku merindui usikan manjamu,
tawa riamu,
aku menantikan saat itu menjelma kembali,
saat mendengar tawa riamu.

seminggu yang penuh bermakna,
bersamamu aku bahagia,
ibubapa merestui kita,
alangkah bertuahnya hubungan kita,

insan yang dicinta,
janganlah kita lalai dengan godaan dunia,
rindu adalah anugerah sang Pencipta,
dengan rindu menjadi pengukur kasih sayang kita,
adakah...
sedalam lautan ,
setinggi gunung Himalaya.

marilah kita bersama,
ayuh bangkit mengecap kejayaan bersama,
yang berlalu biarkan berlalu,
masih belum terlambat sayang,
kita mesti kembali ke landasan ,
landasan kebenaran, ayuh bangkit segera,

ayuh bangkit!
ayuh bangkit..


hahahha: cuba menjadi jiwang energetic ... haha.. jgn marah.. wkakakaka..




Thursday, January 19, 2012 0 comments

seminggu yg penuh makna...

salam..
letih tapi hepi sgt2...
ha, itulah yg dpt digambarkn utk seminggu yg bersejarah ni..
dpt menemani org yg paling aku syg diats muka bumi ini..

pi mane tu oiii??

haha... nantikn episod seterusnya... :-)
Saturday, January 14, 2012 0 comments

tahun baru.. azam pon baru dowh.. + abis final

salam... yahoooooooooooooooo!!! dah abiz jgk final... yeyeyeye...ceria tu mmg la ceria, tp almaklum, sem ni aku x brp bagus kalu nk compare ngn sem2 yg lps.. aku terima tu smua... aku sedar yg sem ni aku byk main2... tp x pe. ni mungkin tempoh peralihan yg aku lalui utk belajar d mana silap aku.. okay .. aku x kisah nk dpt berapa pon.. kejayaan seseorng bukan bergantung kpd keputusan exam.. ia bergantung kpd cara sseorg membw diri bila lps grad nanti..
kalu dpt 3.9 pon, gaji nnti sm jgk dgn org yg dpt 2.0.. ini doc seng yg ckp.. seorg pengawas periksa jgk ade ckp "ini semua dunia jer ni." so x pyh pikir pasal exam ni.. mama aku ada pesan, belajar2 jgk, jgn lupa pada keluarga , jngn tinggal solat, jgn dengki ngn org n mcm2 lg.. kdg2 aku terpikir jgk , kalu skrg kita dh lupa ibubpa, kalu keje nnti entah2 malu nk tunjuk ibubpa kat org... so time cuti ni luangkanlah masa yg berharga ini bersama keluarga.. jgn terlampau liberal sgt.. xkn nk mengadap buku jer n buat praktikal jer..



pikir masa dpn n jgk persediaan tuk akhirat lg elok... btol x.. hahaha...


ya Allah.. permudahkan urusanku!!




mantapkan diri dgn ilmu dulu. ilmu dunia dan ilmu akhirat.. jgnlah bazirkan usia muda mu Faris dgn perkara yg lalai..






banggakan ibubapa dgn segulung ijazah..






menjadi suami yg bertanggungjwb kpd bakal isteri yg tersyg.. sayang fahamkan??

kereta impian...






rumah impian...
keluarga impian..

tp semua ini tidak semudah yg dirancang.. ya Allah aku perlu hidayah dan taufik dari-Mu utk aku mencapai segala yang dihajatiku.. aku berusaha dan bertawakkal kpd mu..agar tiada penyesalan.....


 
;