Tuesday, March 29, 2011

seindah kehidupan...

Assalamualaikum. Di dalam coretan kali ini, saya ingin membicarakan mengenai kehidupan? Apakah makna kehidupan dalam konteks sebenar? Sudah pasti setiap orang mempunyai definisi yang tersendiri mengenai kehidupan. Pada hemat saya, kehidupan terbahagi kepada dua iaitu kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat nanti. Sepanjang 21 tahun saya dilahirkan ke dunia, saya telah melalui saat pahit manis yang mana merupakan asam garam kehidupan seorang manusia. Saya bermula dimana saya dilahirkan pada 28 Jun 1990. Tarikh keramat itu merupakan detik permulaan kehidupan saya di dunia ini. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sewaktu saya dilahirkan ke dunia, ibu saya telah menghadapi kesukaran untuk melahirkan saya. MasyaAllah, ibu saya terpaksa bertarung dengan maut. Tali pusat saya terbelit dileher saya dan saya tersekat. Saya dapat bayangkan keadaan ibu saya pada ketika itu. Begitu besar pengorbanan seorang ibu. MAMA, saya sayang MAMA!

Dalam 21 tahun ni, aku telah mengecapi pelbagai kejayaan. Bermula di sekolah rendah, menengah, aku telah berjaya membanggakan mamaku dan abahku. Cuma yang paling 'mengecewakan' ibubapaku adalah kerana aku seorang yang pemalas. Sejak daripada kecil aku tidak suka belajar. Aku hanya belajar di sekolah dan tidak akan membuat kerja sekolah di rumah ataupun di sekolah.. Kini aku berada di zaman kehidupan awal dewasa. Banyak perkara yang aku alami sepanjang berada awal dewasa ini. Ketika inilah bermulanya perasaan ingin dicintai dan ingin menyayangi. Namun yang ingin aku tekankan disini, adalah pengajaran daripada kisahku ini. Pengajaran yang berguna bagiku adalah, Allah mungkin ingin menduga aku dengan menemukan aku dengan orang yang salah terlebih dahulu. Mungkin ini sudah takdir untuk aku menjadi lebih matang selepas ini. Mungkin sekiranya aku dipertemukan lagi dengan wanita sekali lagi kali ini mungkin aku sudah sedikit matang. Rakan-rakan sekeliling memberikan sokongan kepada aku. mereka menyuruh aku bangkit!! Bina kehidupan semula. Dan kali ini jangan sia-siakan lagi. Bina kehidupan yang bahagia. Yeah!!! terima kasih semua..

0 comments:

Post a Comment

 
;