Friday, November 20, 2009

Cinta Tiga Segi....

Salam.... selamat bertemu lagi.. pada hari ini saya tertarik untuk membincangkan topik berkaitan cinta tiga segi ataupun mati demi cinta.. aduhai malang bagi remaja zaman sekarang untuk terlibat dalam percintaan tiga segi.. banyak berita dan laporan2 berkaitan dengan cinta yang janggal ini.. sebelum kita pergi lebih lanjut, cuba kita fikirkan apa yang menyebabkan ini berlaku? aduhai, cukup malang... media kini melaporkan banyak kejadiaan yang menyayat hati atau lebih tepat tindakan bodoh oleh segelintir remaja pada masa kini. Bodoh atau ikutkan nafsu yang berpaksikan syaitan? Kedua-duanya mungkin tepat untuk menggambarkannya. Sebagai contoh dua tahun lepas, remaja2 dikejutkan dengan khabar angin mengatakan seorang wanita dibunuh oleh bekas kekasihnya dengan zalim dan kejam. dan lelaki itu kemudian menghasil satu lagu yang telah dieksploitsasi oleh ramai artis tempatan dengan menerbitkan lagu mengikut versi masing2.. sejauh mana kebenaran cerita ini , belum lagi terbukti. namun di sini kita boleh mengambil pengajaran berguna. Cinta syaitan yang membawa kemusnahan. namun kini muncul lagi kisah yang lebih kurang sama dengan kisah terdahulu. bezanya dulu si lelaki membunuh wanita.. tp dalam versi cerita yang baru ini, si lelaki yang membunuh dirinya sendiri. siap dirakamkan lagi peristiwa sesudah kematiannya.. namun kebenaran cerita ini masih boleh dipertikaikan kerana dibimbangi ada pihak yang mahu mendapatkan keuntungan dan populariti.. akan tetapi dari satu sudut, cuba kita renungkan.. berbaloikah kita membunuh diri kita sendiri sesudah kehilangan orang yang tersayang kepada orang lain.. Tidak berbaloikan!! Bodoh. apa yang hendak disampaikan kepada 'kekasih' lama.. dengan membunuh diri ia tidak sedikit pun menyebabkan kekasih lama itu kembali.. malahan si mati itu yang menanggung siksaan dan azab dari Allah swt akibat perbuatan membunuh diri.. Usahkan syurga, bau syurga pun tidak dapat dirasai. Berfikirlah!! kepada yang berada dalam situasi cinta sebegini, jangan lakukan tindakan yang bodoh. Insafi diri dan kembali kepada Allah.. mungkin kekasih yang meninggalkan kita itu bukanlah orang yang sesuai untuk diri kita.. kalau dia boleh meninggalkan kita itu sudah bermakna dia pun bukan orang yang baik. Carilah yang lain dengan mencari CINTA YANG DATANG DARIPADA ALLAH.. sekian..

2 comments:

aSma.mUnshi said...

ni copy paste dri mne nih?..haha

Faris said...

ni karya sendiri akibat kesedihan nasib remaja yg bodoh.. nk menasihati antara satu sama lain.. nape?? kemas ke ayat ni?? ni copyright reserved ni..

Post a Comment

 
;