Friday, April 9, 2010

Percutian....


Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Rasanya sudah lama aku tidak berblogging, dan hari ini aku mengambil kesempatan yang terluang ini untuk menulis serba sedikit agar dapat aku berkongsi sesuatu dengan anda semua. Secara kasarnya cuti aku bermula 22 Mac dan berakhir 4 April.










Pada malam 26 Mac, aku dan beberapa orang kawanku daripada negeri Kelantan , telah berangkat ke Pulau Pinang untuk menghadiri majlis KONVENSYEN HIMPUNAN ANAK2 KELANTAN PERINGKAT KEBANGSAAN. Kami tiba di sana lebih kurang pukul 5.30 pagi. Setibanya di USM , Penang, kami disambut oleh L/O kami , saudara MIE. Alangkah terkejutnya kami apabila kami diberikan layanan first class oleh student2 USM. Memang kenalah USM sebagai Universiti APEX kalau sifat pelajarnya sedemikian rupa.






2 hari kami di sana dan bersama-sama membincangkan masalah2 yang melanda negeri kami dan rakyat Kelantan. Memang sifat orang Kelantan bila berada di luar negeri mereka, mereka amat teguh bersatu. Kami membuat banyak resolusi dan mengumpulnya sebagai satu memorandum untuk diserahkan kepada Menteri yang menjadi wakil Kelantan dalam kabinet. Akhirnya kami bertolak pulang pada 28 Mac. Layanan daripada pihak USM amnya dan HAAK USM khusus amat baik sekali dan kami benar2 menghargainya.







Apakah maksud daripada gambar diatas?


Haha.. Sehari selepas aku pulang ke Kelantan, aku sekali lagi ke Penang bersama-sama keluargaku untuk bercuti. Kami memang sudah lama merancang akhirnya hari ini dapat juga kami ke sana. Percutian ini dapat direalisasikan kerana kami semua cuti pada minggu tersebut sempat Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Kami ke sana dengan 4 buah kereta. Aku memandu kereta Proton Waja kepunyaan mamaku. Aku sangat gembira dapat memandu dalam jarak yang jauh. Yang lucunya, bapak2 saudara aku menyuruh aku menjadi 'leader' pemandu sebab aku baru ke sana 1 hari yang lepas. haha. aku sahut jela cabaran mereka. haha. orang muda mesti berdarah panas. Aku memecut laju menuju ke Jeli.





Setibanya di Jeli , kawasan seperti sedia maklum berbukit-bukau. Keretaku mula dipotong kereta bapak saudaraku. Aduhai kereta Malaysia, berprestasi lebih rendah berbanding kereta import. hahahahaha.. Selepas 6 jam perjalanan, kami tiba di rumah atuk saudara aku. Kami pun berehat sambil berbual-bual. Kami berada di Pulau Pinang selama 4 hari. Berikut adalah ringkasan cerita mengikut kronologi:




ke pantai merdeka




naik feri...


my cousins... huhu masih kecik semuanya...


Kuda.... Pantai Batu Feringgi

PANTAI MERDEKA...

atuk dan nenek tersayang..


tgk tu.....


dri kiri: abe ngah nakal, kak pah, abe su, abe long, adik iman(kapten kanak2) haha

Selepas 4 hari, kami pun pulang ke Kelantan pada jam 8.30 pg.Pada pagi tersebut iaitu pagi jumaat, moodku ketika memandu kereta sedikit tersentak apabila mendapat berita kematian DIN BERAMBOI. Sedih, dan rasa macam kehilangan sesuatu yang besar. Namun aku tabahkan hati, memandu kereta dengan berhati-hati. Kami tiba di rumah jam 2 ptg.

Sekian sahaja daripadaku untuk pertemuan kali ini.(dah ngantuk sbnarnya) Semoga bertemu lagi dilain lembaran. Assalamualaikum...

0 comments:

Post a Comment

 
;